Jumat, 20 November 2009
Kalam Dr Zakir Pemidato Islam
Antara strategi media dalam memburuk-burukkan imej Islam ialah mereka merujuk ayat-ayat Al-Quran luar dari konteks asal.
Antara ayat Al-Quran yang paling banyak dirujuk luar dari konteksnya ialah ayat dari surah At-Taubah ayat 5 yang bermaksud, " Bunuhlah orang-orang musyrik di mana sahaja kamu menjumpai mereka". Dan jika kamu buka Al-Quran, ayat tersebut memang benar-benar ada di situ. Namun, ayat ini sebenarnya telah diambil luar dari konteksnya.
Konteks ayat ini yang sebenar bermula beberapa ayat sebelumnya, yang menyebutkan tentang perjanjian damai yang dilakukan antara orang-orang Islam dan kaum musyrikin Mekah pada zaman Nabi S.A.W. Namun perjanjian ini telah dimungkiri oleh musyrikin kaum Mekah.
Justeru ketika ALLAH mewahyukan ayat 5 dari surah At-Taubah, ALLAH telah pun memberi amaran kepada mereka dan memberikan tempoh selama 4 bulan untuk memperbaiki keadaan dan mematuhi perjanjian, jika tidak perang akan diisytiharkan.
Kemudian di dalam medan peperangan, ALLAH berkata kepada umat Islam supaya jangan takut dan gentar. Beranikan diri dan bunuhlah orang-orang musyrik di mana sahaja kamu menjumpainya.
Mana-mana general askar sekalipun, ketika memberikan semangat kepada pasukan askarnya sebelum memulakan peperangan, adalah satu kebiasaan untuk mengatakan, "Bunuhlah pasukan musuh walau di mana sahaja kamu menjumpai mereka" . Dia tidak akan mengatakan, "Di mana sahaja kamu menjumpai musuh, menyerahlah untuk kamu dibunuh." Justeru ayat 5 dari surah At-Taubah ini merujuk kepada konteks peperangan.
# # #
Kebiasaan seterusnya ialah mereka meletakkan titik (pengakhiran) kepada satu-satu ayat Al-Quaran ataupun melompat ke beberapa ayat seterusnya sehingga memberikan makna yang berbeza. Sebagai contoh, Arun Shourie, seorang penulis, ahli politik dan pengkritik yang berasal dari india, di dalam bukunya 'The World Of Fatwas', selepas menjelaskan ayat 5 dalam surah At-Taubah, terus melompat ke ayat 7. Anda tahu mengapa? kerana ayat ke 6 mengandungi penyelesaian terhadap permasalahan yang beliau timbulkan.
Ayat 6 surah At-Taubah bermaksud, "Dan jika seseorang dari kaum musyrik mahukan perdamaian, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar ayat-ayat ALLAH, kemudian hantarlah dia kemana-mana tempat yang aman".
# # #
Seterunya jika kamu perhatikan kebanyakan ayat di dalam Al-Quran, ketika memperkatakan tentang peperangan, ayat berikut adalah "tetapi keamanan atau perdamaian itu adalah lebih baik", kerana Islam adalah agama kesejahteraan.
-maklumat di atas dipetik dari buku terjemahan ceramah Dr Zakir yang bertajuk Media dan Islam Berperang atau Berdamai?-
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar