Senin, 14 Desember 2009

Kita Luarbiasa...


Beberapa hari ini, saya sering bingung dengan diri sendiri. Harapan suami untuk saya menyiapkan projek yang sangat murni masih belum dapat saya laksanakan dengan sehabis usaha. Adakah saya hanya menggubah alasan dari hari ke hari atau sebenarnya saya masih belum mampu. Ampunkan hambaMU ini ya RABB seandainya diri ini hanya pandai menggubah alasan pada insan yang kusayangi ini. Dulu saya sering bersembang dengan kawan-kawan mengenai ketidakpuasan dengan prestasi hidup sendiri dan sangat mencita-citakan suami yang dapat memberi kekuatan. Nah...sekarang ALLAH telah memakbulkan harapan ini. ALHAMDULILLAH.. Tetapi saya masih belum dapat melaksanakan yang terbaik. Tidak pasti adakah kerana memang keadaan diri yang tak mengizinkan yang sarat lapan bulan ini. Tetapi sebenarnya ramai sangat ibu-ibu aktif di luar sana yang bergiat cergas dalam apa jua bidang walau diri dalam keadaan anak yang ramai dan kecil.. Ya ALLAH aku ingin menjadi hambaMU yang sebenar.. pimpinlah diri ini untuk merealisasikan harapan RASULULLLAH SAW memartabatkan ISLAM sepanjang zaman melalui apa jua usaha. Kepada semua sahabat-sahabat akhawat... tahniah atas semangat sahabat menuntut ilmu dan mari kita kongsikan ilmu itu dengan semua pula melalui dakwah lisan mahupun tulisan.. Doakan saya dapat jadi isteri, ummi dan daie ISLAM ke seantero dunia.. semoga ALLAH memimpin...

1 komentar:

  1. Fatahallahu alaik...Insya Allah,doa dr sahabat2 seperjuangan sentiasa bersamamu ukhti..semoga kta berjaya mencetus~mahu! Mencipta peribadi tamtama&srikandi unggul ISLAM! ALLAHU AKBAR!

    BalasHapus