Sabtu, 21 November 2009

Anak Adalah Anugerah


Sosio-Emosi bersifat 'paksi', ia mengawal hampir semua perkara yang dialami anak. Apa sahaja yang ia lakukan, sifat inilah yang membuat anak suka atau tidak suka terhadap sesuatu. Oleh itu, apa sahaja yang kita lakukan untuk atau bersama anak, kita perlu menjaga 'abjad emosinya' yang wujud dalam lima bentuk: * Rasa Selamat * Rasa Tenteram * Rasa Disayangi * Rasa Ceria * Rasa Kagum Jika ada kelima-lima abjad emosi ini, proses didikan akan menjadi mudah...jika tidak, ia akan menjadi disebaliknya. Kita perlu berusaha untuk membiarkan anak dalam keadaan rasa selamat, tenteram, disayangi, ceria dan kagum. Selamat mendidik anak kita dengan sebaiknya kerana mereka anugerah dari ALLAH

Jumat, 20 November 2009

Mari Berkenalan


Amah bintu Khalid bin Sa'id bin Al-'As: Dilahirkan di Habsyah. Isteri kepada Zubair Al-'Awwam. Ibu kepada 'Amru bin Zubair dan Khalid bin Zubair. Pernah meriwayatkan hadith daripada Rasulullah S.A.W.
U'maimah bintu Ruqaiqah At-Tamimiyah: Ruqaiqah itu nama ibunya, nama ayahnya ialah 'Abdun. Isteri kepada Habib ibnu Ku'aib dan dikatakan memiliki 4 orang cahayamata. Pernah meriwayatkan hadith daripada Rasulullah S.A.W. U'naisah bintu Khubaib: Pernah meriwayatkan hadith daripada Rasulullah S.A.W. Busrah bintu Sofwan: Diceritakan dia adalah ibu Mu'awiyah bin Al-Mughirah, nenek kepada 'Aisyah bintu Mu'awiyah iaitu ibu kepada 'Abdul Malik bin Marwan. Pernah meriwayatkan hadith daripada Rasulullah S.A.W. Judamah bintu Wahbun: Memeluk Islam di Mekah, menyertai bai'ah Rasululullah S.A.W, menyertai hijrah ke Madinah. Pernah meriwayatkan hadith daripada Rasulullah S.A.W. -Mereka semua seperti kita 'wanita'..tetapi mereka dipilih ALLAH untuk menjadi sahabat Rasulullah S.A.W kerana mereka tersenarai dalam perawi tertinggi hadith. Maklumat ini saya ambil dari kitab Tahzib Al-Kamal fi A'sma' Al-Rijal-Dan ini adalah lima daripada sekian puluhan dan mungkin ratusan yang tersenarai di dalam kitab ini.

Kalam Dr Zakir Pemidato Islam


Antara strategi media dalam memburuk-burukkan imej Islam ialah mereka merujuk ayat-ayat Al-Quran luar dari konteks asal.
Antara ayat Al-Quran yang paling banyak dirujuk luar dari konteksnya ialah ayat dari surah At-Taubah ayat 5 yang bermaksud, " Bunuhlah orang-orang musyrik di mana sahaja kamu menjumpai mereka". Dan jika kamu buka Al-Quran, ayat tersebut memang benar-benar ada di situ. Namun, ayat ini sebenarnya telah diambil luar dari konteksnya.
Konteks ayat ini yang sebenar bermula beberapa ayat sebelumnya, yang menyebutkan tentang perjanjian damai yang dilakukan antara orang-orang Islam dan kaum musyrikin Mekah pada zaman Nabi S.A.W. Namun perjanjian ini telah dimungkiri oleh musyrikin kaum Mekah.
Justeru ketika ALLAH mewahyukan ayat 5 dari surah At-Taubah, ALLAH telah pun memberi amaran kepada mereka dan memberikan tempoh selama 4 bulan untuk memperbaiki keadaan dan mematuhi perjanjian, jika tidak perang akan diisytiharkan.
Kemudian di dalam medan peperangan, ALLAH berkata kepada umat Islam supaya jangan takut dan gentar. Beranikan diri dan bunuhlah orang-orang musyrik di mana sahaja kamu menjumpainya.
Mana-mana general askar sekalipun, ketika memberikan semangat kepada pasukan askarnya sebelum memulakan peperangan, adalah satu kebiasaan untuk mengatakan, "Bunuhlah pasukan musuh walau di mana sahaja kamu menjumpai mereka" . Dia tidak akan mengatakan, "Di mana sahaja kamu menjumpai musuh, menyerahlah untuk kamu dibunuh." Justeru ayat 5 dari surah At-Taubah ini merujuk kepada konteks peperangan.
# # #
Kebiasaan seterusnya ialah mereka meletakkan titik (pengakhiran) kepada satu-satu ayat Al-Quaran ataupun melompat ke beberapa ayat seterusnya sehingga memberikan makna yang berbeza. Sebagai contoh, Arun Shourie, seorang penulis, ahli politik dan pengkritik yang berasal dari india, di dalam bukunya 'The World Of Fatwas', selepas menjelaskan ayat 5 dalam surah At-Taubah, terus melompat ke ayat 7. Anda tahu mengapa? kerana ayat ke 6 mengandungi penyelesaian terhadap permasalahan yang beliau timbulkan.
Ayat 6 surah At-Taubah bermaksud, "Dan jika seseorang dari kaum musyrik mahukan perdamaian, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar ayat-ayat ALLAH, kemudian hantarlah dia kemana-mana tempat yang aman".
# # #
Seterunya jika kamu perhatikan kebanyakan ayat di dalam Al-Quran, ketika memperkatakan tentang peperangan, ayat berikut adalah "tetapi keamanan atau perdamaian itu adalah lebih baik", kerana Islam adalah agama kesejahteraan.
-maklumat di atas dipetik dari buku terjemahan ceramah Dr Zakir yang bertajuk Media dan Islam Berperang atau Berdamai?-

Rabu, 18 November 2009

Iqrar Kasih Istimewa Buat Emak...


Emak... Opis sayang emak, terlalu sayang, dan sangat-sangat kasih, tiada erti hidup ini, jika tinta kasih ini belum terlayar, kutari tinta sebagai pembuktian cinta... cinta dan sayang pada-mu bonda... Aku ingin bonda tahu, bahawa kami anak-anakmu... sayang padamu...hanya doa sebagai bukti, pada-NYA kusering menadah tangan, semoga DIA melimpah kasih, mencurah sayang, padamu, bondaku,... semoga mahligai di Firdaus aala, menanti buatmu, aku ingin bonda gembira, aku ingin bonda bahagia, dulu, kini dan selama-lamanya... opis bangga jadi anak emak... sekian daripada anakmu dan anak insan yang bonda cintai...

Rahsia ALLAH...


ALLAH menyembunyikan redho-NYA dalam amalan ketaatan, ALLAH menyembunyikan murka-NYA dalam perkara kemaksiatan, ALLAH menyembunyikan LailatulQadr di antara 30 malam Ramadhan, ALLAH menyembunyikan auliaya'-NYA di kalangan sekian ramai hamba-hamba-NYA.. terfikir sejenak.. adakah anak yang bakal kulahirkan ini bakal terpilih sebagai salah seorang wali-NYA? wALLAHU AALAM...hanya DIA YANG TAHU.. mama kan doakan sayang mama jadi hamba ALLAH yang paling bertaqwa..mama akan jadi the best mama in the world k.. tapi kalau mama tak mampu maafkan mama ye sayang..hanya doa yang dijanji ALLAH sebagai doa mustajab ini yang mampu mama lafazkan.. YA RABB, pilihlah anakandaku salah seorang daripada hamba-MU yang ENGKAU sayangi dan ENGKAU redhoi...Amin

Puisi Buat Kakakku sayang...


Terimalah sajak ikhlas dari adindamu di kejauhan ini...

KISAH KITA

Tika kukecil, kau juga masih kecil, banyak memori indah kita, tika kau jadi doktor, aku adalah pesakitnya, jika aku peniaga, kau jadi pembelinya, gelak tawa kita silih berganti... Kakak... dunia ini kau kenali dahulu sebelumku, tetapi sombong diri, jauh sama sekali, hatimu terlalu suci, aku sangat menyayangimu, walau kita berjauhan... hati kita tetap berhampiran...

Minggu, 15 November 2009

Isu dan Masalah Mematangkan Tindakan


Pelbagai ujian yang dilalui PMRAM dari dahulu hingga kini adalah anugerah dari ALLAH untuk lebih mematangkan kita. PMRAM dilihat sebagai satu wadah perjuangan yang memang bergerak ikhlas dalam isu kebajikan. Ini perlu diselidiki oleh semua mahasiswa yang berada di mesir. Saya menulis begini atas dasar pemerhatian sendiri yang rasional bukan emosi. Kepada PMRAM samada pimpinannya atau ahlinya perlu kuat menghadapi segalanya. Serahkan pada ALLAH sambil terus berusaha dengan sepenuh keikhlasan. KITA PMRAM!

Hembusan Rindu dari Thub Al-Romlee


Mak, kakak dan adik-adikku aku rindu pada kalian.. Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan untuk senantiasa meraih redho-Nya.. moga kita bahagia dulu, kini dan selamanya hingga ke firdaus al-a'ala.. amin