Rabu, 23 Desember 2009

Persediaan Kelengkapan Bayi yang Bakal Lahir


Di dalam majalah Pa & Ma telah menyatakan senarai kelengkapan bayi yang bakal lahir. Tetapi sayangnya ia tidak boleh dijadikan rujukan kita para bakal ibu yang berada di mesir. Iklim yang berbeza dan mempunyai musim yang berubah-ubah ini menyebabkan kita perlu banyak mengkaji sendiri barang-barang kelengkapan bagi bayi kita nanti. Pada minggu pertama kelahiran bayi di malaysia tidak memerlukan pakaian yang banyak kerana selalunya bayi hanya dipakaikan baju, barut, lampin pakai buang dan kain lampin untuk membedungnya. Dan pada awal-awal kelahiran ini bayi masih belum dibawa bersiar-siar ke luar rumah lalu pakaian seumpama itu sahaja sudah cukup baginya. Tetapi amat berbeza dengan bayi yang bakal lahir pada musim sejuk di mesir ini khasnya. Bayi memerlukan pakaian yang banyak dan berlapis-lapis. Lihaf dan selimut tebal juga amat diperlukan. Jadi, kita mesti bijak menguruskan kewangan. Mulakan dengan menyenaraikan barang-barang. Kategorikan barang-barang itu kepada penting dan tidak penting juga kepada yang perlu didahulukan dan yang boleh dikemudiankan. Jangan kerana terlalu berjimat kita membeli barang-barang yang terlalu murah kerana dikhuatiri ia murah kerana kurang kualitinya. Biarlah mahal sedikit tetapi berkualiti dan boleh diguna dalam tempoh yang lama. Bayi sulung selalunya perlu kepada anggaran kewangan yang besar. Mudah-mudahan barang-barang kelengkapan bayi pertama kita bisa diguna lagi untuk bayi yang kedua dan seterusnya. Katil bayi misalnya, ia mahal tetapi ia bisa dikongsi oleh adik-adiknya nanti insyaALLAH. Sementara punya rezeki belilah barangan kekal yang berkualiti.. Petang semalam saya dan suami membeli barangan buat bakal bayi kami nanti. Sayang...say thank you ALLAH...mama baba beli barang-barang ini semua rezeki dari ALLAH..

Rendang Daging Sempoi Versi Malaysia Cairo

  • Sekilo daging yang dibeli di Mahmal atau Rayah dipotong nipis mengikut kesukaan anda dan basuh hingga bersih.
  • Bawang besar nus kilo, dua labu bawang putih yang dihiris tebal, kisarkan bersama syantah dan serbuk kunyit.(bahan A)
  • Rubu' kilo juzhin dikisar dengan air suam....
  • panaskan satu senduk minyak masak dan masukkan bahan A beserta dua bunga lawang, sebatang kulit kayu manis dan halia kering, biarkan ia di atas api hingga naik bau dan menggelegak.
  • Masukkan daging, biarkan hingga hampir empuk.
  • Masukkan pekatan juzhin.
  • Jika anda sempat membeli serai di koperasi bkan, hiriskankan nipis2 dua batang serai dan masukkan dalam masakan anda ini, biarkan lama di atas api hingga kuah menjadi likat dan pekat...
  • dan akhirnya masukkan garam secukup rasa.

Selasa, 22 Desember 2009

Aku yang Masih...Di perjalanan...

Dunia tempat singgah..tempat singgah tak perlu terlalu mewah..ada tempat berteduh tuk ibadah, alhamdulillah..ada makanan penguat tubuh, syukur pada ALLAH..ada suami menjadi pentarbiah, subhanALLAH..tinggal diri memilih haluan peribadi..tumpu duniawi atau ukhrawi..zaman bujang dah berlalu..masalah hati tiada membelenggu..aku melihat orang sekeliling terlalu hebat dengan peribadi masing-masing..aku jadi pening..kenapa aku tidak begitu..hanya menuruti hari dan waktu..aku ingin menjadi hamba yang sebenar..sehebat syakhsiah Adawiah dan Fatimah.. seindah akhlak serikandi muslimah..adakah hanya tinggal harapan tanpa usaha??.. aku buntu..aku termangu..apa kelebihanku? semoga sahabat-sahabatku terus dengan kelebihan yang dimiliki mereka munyusuri persinggahan ini..

Senin, 21 Desember 2009

Nasib Baik Tersedar Dari Lamunan...

Dalam buku-buku motivasi diri seperti yang ditulis oleh HM Tuah seringkali menyatakan mengenai perlunya anjakan diri dari hari ke hari... jika hari ini lebih teruk dari semalam itu celaka, jika hari ini sama seperti semalam itu bahaya, jika hari ini lebih baik dari semalam itu berjaya! Hidup ini bukan untuk dipersiakan. Jangan biarkan diri merasa selesa dengan apa yang dimiliki. Di rumah saya mengikuti satu siri majlis pengajian kitab MisbahulMunir yang disampaikan oleh seorang Guru Melayu yang mungkin berasal dari Patani kerana loghat bahasanya adalah loghat Patani. Saya sekadar mngikuti pengajian ini melalui rakaman suara yang ada dalam simpanan komputer riba di rumah. Kitab ini membincangkan mengenai Tauhid berkaitan sifat wajib bagi ALLAH dan sebagainya. Pada awalnya saya merasakan yaa sekadar mendengar boleh memahami dan mengikutinya dengan sangat baik..tetapi dari hari ke hari perbincangannya semakin dalam dan sering membuatkan saya menggaru-garu kepala yang tidak gatal.. kerana tidak dapat memahaminya walau berkali-kali mendengar penjelasan Guru ini..bukan kerana loghat pataninya tetapi kerana perbahasan ilmu semakin dalam dan dalam..adusss..ceteknya ilmu di dada. Lalu kutersedar dari lamunanku...

Ish ish isshhh Ruginya...


Di zaman serba moden ini, pelbagai kemudahan dikurniakan ALLAH kepada kita. Manusia mencipta pelbagai alatan baru sebagai sumber menggali pengetahuan dengan terlalu mudah. Tetapi sayang jika ia disalahgunakan. Tidak perlu lihat jauh. Di sekeliling saya ada di antara rakan-rakan kita yang menggunakan komputer hanya sekadar melihat cerita dan yang mempunyai internet pula mendengar radio malaysia hot fm. Mengapa tidak menggunakan kemudahan ini kepada perkara-perkara yang sangat bermanfaat seperti mengikuti pengajian-pengajian yang tersedia diupload di web-web ilmu dan mendownload kitab-kitab yang sangat banyak di web-web maktabah seluruh dunia. Saya tidak menafikan ramai yang telah menyedari dan telah melaksanakan usaha murni ini sekian lama. Tetapi saya memberi peringatan dan idea bagi yang masih tidak menggunakan kemudahan yang besar oleh ALLAH ini kepada jalan yang sangat bermanfaat ini. MP3 dan harddisk juga jangan sekadar menyimpan gambar, lagu dan filem...tetapi simpanlah kitab-kitab dan rakaman-rakaman pengajian ilmu. Semoga ia dibaca, didengar, disampaikan dan diamalkan... Nasihat pada diri dan semua.

Senin, 14 Desember 2009

Makanya..cepat sebelum Mala dilamar..


Baru-baru ini saya ditaklifkan untuk menjadi timbalan pengerusi Bait Muslim dan Hisbah KPIPM. Untuk Bait Muslim kami mempunyai dua sasaran kerja iaitu program interskop di kalangan mutazawwijin KPIPM dan program outerskop untuk di kalangan ahli KPIPM. Interskop kami ada program tersendiri yang tidak perlu dipanjanglebarkan di sini seperti liqa' , hari keluarga dan sebagainya. Bagi program outerskop khusus untuk ahli yang bukan mutazawwijin kami akan menjadi pemudahcara untuk yang sudah bersedia untuk mencari jodohnya. Semua fail dan borang akhawat KPIPM telah ada di tangan saya. Jadi, kepada sesiapa yang ingin menamatkan zaman bujangnya dan telah bersedia untuk menghadapi alam baru boleh terus menghubungi saya. Kami tidak akan memaksa tetapi kami pemudahcara. Walaupun anda dari bkan mana pun boleh menghubungi saya sekiranya ingin mencari akhawat perak. Akhawat KPIPM pula jangan takut dengan tugasan kami ini...kami tidak memaksa..jodoh itu kerja ALLAH...kalau ada jodoh tak kemana kalau tak de jodoh orang lain tolong jaga..semoga anda ikhwah mahupun akhawat terus mempercayai Bait Muslim. Kes-kes kebocoran cerita sebelum ini memang lebih dari 90% adalah dari penkhitbah dan yang dikhitbah sendiri. Kami akan sedayanya menjaga rahsia sekiranya anda berurusan dengan kami hinggalah ke penghujungnya. Tetapi diingatkan juga di sini, Bait Muslim bukan tempat sekadar untuk cuba mencuba. Gunakan saluran ini dengan serius untuk mencari sinar hidup anda di masa mendatang. Jika sudah bersedia, ahlan. Boleh hubungi saya di ym zunnuur_85@yahoo.com atau di talian 0113221904.

Salah faham


Ramai antara kita yang bila saya mendengar bacaan ALQURANnya sering meringan-ringankan bacaan dalam erti kata lain tidak bersungguh dalam mengeluarkan makhraj huruf. Alhamdulillah saya berpeluang mengikuti beberapa klip video yang dirakam suami pada siri majlis pengajiannya bersama SYEIKH YUSRI. Banyak teguran SYEIKH dari segi bacaan ketika menyemak bacaan murid yang diminta membacakan ALQURAN. Antaranya perkataan al-ardh tidak perlu ditebalkan bunyinya kepada al-ordh dan perkataan an-naar tak perlu tebalkan bunyinya kepada an-noor.. terkadang ramai antara kita yang menyangka menebalkan bunyi itu yang betul dan sohih bunyi kearabannnya tetapi itu tidak tepat. Jadi, saya harapkan kepada semua sahabat-sahabat rajin-rajinlah bertanya dan meminta sahabat-sahabat kita di kalangan takhassus qiraat untuk menyemak bacaan kita. Jangan sampai ada salah faham dalam membunyikan bacaan....

Kita Luarbiasa...


Beberapa hari ini, saya sering bingung dengan diri sendiri. Harapan suami untuk saya menyiapkan projek yang sangat murni masih belum dapat saya laksanakan dengan sehabis usaha. Adakah saya hanya menggubah alasan dari hari ke hari atau sebenarnya saya masih belum mampu. Ampunkan hambaMU ini ya RABB seandainya diri ini hanya pandai menggubah alasan pada insan yang kusayangi ini. Dulu saya sering bersembang dengan kawan-kawan mengenai ketidakpuasan dengan prestasi hidup sendiri dan sangat mencita-citakan suami yang dapat memberi kekuatan. Nah...sekarang ALLAH telah memakbulkan harapan ini. ALHAMDULILLAH.. Tetapi saya masih belum dapat melaksanakan yang terbaik. Tidak pasti adakah kerana memang keadaan diri yang tak mengizinkan yang sarat lapan bulan ini. Tetapi sebenarnya ramai sangat ibu-ibu aktif di luar sana yang bergiat cergas dalam apa jua bidang walau diri dalam keadaan anak yang ramai dan kecil.. Ya ALLAH aku ingin menjadi hambaMU yang sebenar.. pimpinlah diri ini untuk merealisasikan harapan RASULULLLAH SAW memartabatkan ISLAM sepanjang zaman melalui apa jua usaha. Kepada semua sahabat-sahabat akhawat... tahniah atas semangat sahabat menuntut ilmu dan mari kita kongsikan ilmu itu dengan semua pula melalui dakwah lisan mahupun tulisan.. Doakan saya dapat jadi isteri, ummi dan daie ISLAM ke seantero dunia.. semoga ALLAH memimpin...