Rabu, 23 Desember 2009

Persediaan Kelengkapan Bayi yang Bakal Lahir


Di dalam majalah Pa & Ma telah menyatakan senarai kelengkapan bayi yang bakal lahir. Tetapi sayangnya ia tidak boleh dijadikan rujukan kita para bakal ibu yang berada di mesir. Iklim yang berbeza dan mempunyai musim yang berubah-ubah ini menyebabkan kita perlu banyak mengkaji sendiri barang-barang kelengkapan bagi bayi kita nanti. Pada minggu pertama kelahiran bayi di malaysia tidak memerlukan pakaian yang banyak kerana selalunya bayi hanya dipakaikan baju, barut, lampin pakai buang dan kain lampin untuk membedungnya. Dan pada awal-awal kelahiran ini bayi masih belum dibawa bersiar-siar ke luar rumah lalu pakaian seumpama itu sahaja sudah cukup baginya. Tetapi amat berbeza dengan bayi yang bakal lahir pada musim sejuk di mesir ini khasnya. Bayi memerlukan pakaian yang banyak dan berlapis-lapis. Lihaf dan selimut tebal juga amat diperlukan. Jadi, kita mesti bijak menguruskan kewangan. Mulakan dengan menyenaraikan barang-barang. Kategorikan barang-barang itu kepada penting dan tidak penting juga kepada yang perlu didahulukan dan yang boleh dikemudiankan. Jangan kerana terlalu berjimat kita membeli barang-barang yang terlalu murah kerana dikhuatiri ia murah kerana kurang kualitinya. Biarlah mahal sedikit tetapi berkualiti dan boleh diguna dalam tempoh yang lama. Bayi sulung selalunya perlu kepada anggaran kewangan yang besar. Mudah-mudahan barang-barang kelengkapan bayi pertama kita bisa diguna lagi untuk bayi yang kedua dan seterusnya. Katil bayi misalnya, ia mahal tetapi ia bisa dikongsi oleh adik-adiknya nanti insyaALLAH. Sementara punya rezeki belilah barangan kekal yang berkualiti.. Petang semalam saya dan suami membeli barangan buat bakal bayi kami nanti. Sayang...say thank you ALLAH...mama baba beli barang-barang ini semua rezeki dari ALLAH..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar