Rabu, 23 Desember 2009

Persediaan Kelengkapan Bayi yang Bakal Lahir


Di dalam majalah Pa & Ma telah menyatakan senarai kelengkapan bayi yang bakal lahir. Tetapi sayangnya ia tidak boleh dijadikan rujukan kita para bakal ibu yang berada di mesir. Iklim yang berbeza dan mempunyai musim yang berubah-ubah ini menyebabkan kita perlu banyak mengkaji sendiri barang-barang kelengkapan bagi bayi kita nanti. Pada minggu pertama kelahiran bayi di malaysia tidak memerlukan pakaian yang banyak kerana selalunya bayi hanya dipakaikan baju, barut, lampin pakai buang dan kain lampin untuk membedungnya. Dan pada awal-awal kelahiran ini bayi masih belum dibawa bersiar-siar ke luar rumah lalu pakaian seumpama itu sahaja sudah cukup baginya. Tetapi amat berbeza dengan bayi yang bakal lahir pada musim sejuk di mesir ini khasnya. Bayi memerlukan pakaian yang banyak dan berlapis-lapis. Lihaf dan selimut tebal juga amat diperlukan. Jadi, kita mesti bijak menguruskan kewangan. Mulakan dengan menyenaraikan barang-barang. Kategorikan barang-barang itu kepada penting dan tidak penting juga kepada yang perlu didahulukan dan yang boleh dikemudiankan. Jangan kerana terlalu berjimat kita membeli barang-barang yang terlalu murah kerana dikhuatiri ia murah kerana kurang kualitinya. Biarlah mahal sedikit tetapi berkualiti dan boleh diguna dalam tempoh yang lama. Bayi sulung selalunya perlu kepada anggaran kewangan yang besar. Mudah-mudahan barang-barang kelengkapan bayi pertama kita bisa diguna lagi untuk bayi yang kedua dan seterusnya. Katil bayi misalnya, ia mahal tetapi ia bisa dikongsi oleh adik-adiknya nanti insyaALLAH. Sementara punya rezeki belilah barangan kekal yang berkualiti.. Petang semalam saya dan suami membeli barangan buat bakal bayi kami nanti. Sayang...say thank you ALLAH...mama baba beli barang-barang ini semua rezeki dari ALLAH..

Rendang Daging Sempoi Versi Malaysia Cairo

  • Sekilo daging yang dibeli di Mahmal atau Rayah dipotong nipis mengikut kesukaan anda dan basuh hingga bersih.
  • Bawang besar nus kilo, dua labu bawang putih yang dihiris tebal, kisarkan bersama syantah dan serbuk kunyit.(bahan A)
  • Rubu' kilo juzhin dikisar dengan air suam....
  • panaskan satu senduk minyak masak dan masukkan bahan A beserta dua bunga lawang, sebatang kulit kayu manis dan halia kering, biarkan ia di atas api hingga naik bau dan menggelegak.
  • Masukkan daging, biarkan hingga hampir empuk.
  • Masukkan pekatan juzhin.
  • Jika anda sempat membeli serai di koperasi bkan, hiriskankan nipis2 dua batang serai dan masukkan dalam masakan anda ini, biarkan lama di atas api hingga kuah menjadi likat dan pekat...
  • dan akhirnya masukkan garam secukup rasa.

Selasa, 22 Desember 2009

Aku yang Masih...Di perjalanan...

Dunia tempat singgah..tempat singgah tak perlu terlalu mewah..ada tempat berteduh tuk ibadah, alhamdulillah..ada makanan penguat tubuh, syukur pada ALLAH..ada suami menjadi pentarbiah, subhanALLAH..tinggal diri memilih haluan peribadi..tumpu duniawi atau ukhrawi..zaman bujang dah berlalu..masalah hati tiada membelenggu..aku melihat orang sekeliling terlalu hebat dengan peribadi masing-masing..aku jadi pening..kenapa aku tidak begitu..hanya menuruti hari dan waktu..aku ingin menjadi hamba yang sebenar..sehebat syakhsiah Adawiah dan Fatimah.. seindah akhlak serikandi muslimah..adakah hanya tinggal harapan tanpa usaha??.. aku buntu..aku termangu..apa kelebihanku? semoga sahabat-sahabatku terus dengan kelebihan yang dimiliki mereka munyusuri persinggahan ini..

Senin, 21 Desember 2009

Nasib Baik Tersedar Dari Lamunan...

Dalam buku-buku motivasi diri seperti yang ditulis oleh HM Tuah seringkali menyatakan mengenai perlunya anjakan diri dari hari ke hari... jika hari ini lebih teruk dari semalam itu celaka, jika hari ini sama seperti semalam itu bahaya, jika hari ini lebih baik dari semalam itu berjaya! Hidup ini bukan untuk dipersiakan. Jangan biarkan diri merasa selesa dengan apa yang dimiliki. Di rumah saya mengikuti satu siri majlis pengajian kitab MisbahulMunir yang disampaikan oleh seorang Guru Melayu yang mungkin berasal dari Patani kerana loghat bahasanya adalah loghat Patani. Saya sekadar mngikuti pengajian ini melalui rakaman suara yang ada dalam simpanan komputer riba di rumah. Kitab ini membincangkan mengenai Tauhid berkaitan sifat wajib bagi ALLAH dan sebagainya. Pada awalnya saya merasakan yaa sekadar mendengar boleh memahami dan mengikutinya dengan sangat baik..tetapi dari hari ke hari perbincangannya semakin dalam dan sering membuatkan saya menggaru-garu kepala yang tidak gatal.. kerana tidak dapat memahaminya walau berkali-kali mendengar penjelasan Guru ini..bukan kerana loghat pataninya tetapi kerana perbahasan ilmu semakin dalam dan dalam..adusss..ceteknya ilmu di dada. Lalu kutersedar dari lamunanku...

Ish ish isshhh Ruginya...


Di zaman serba moden ini, pelbagai kemudahan dikurniakan ALLAH kepada kita. Manusia mencipta pelbagai alatan baru sebagai sumber menggali pengetahuan dengan terlalu mudah. Tetapi sayang jika ia disalahgunakan. Tidak perlu lihat jauh. Di sekeliling saya ada di antara rakan-rakan kita yang menggunakan komputer hanya sekadar melihat cerita dan yang mempunyai internet pula mendengar radio malaysia hot fm. Mengapa tidak menggunakan kemudahan ini kepada perkara-perkara yang sangat bermanfaat seperti mengikuti pengajian-pengajian yang tersedia diupload di web-web ilmu dan mendownload kitab-kitab yang sangat banyak di web-web maktabah seluruh dunia. Saya tidak menafikan ramai yang telah menyedari dan telah melaksanakan usaha murni ini sekian lama. Tetapi saya memberi peringatan dan idea bagi yang masih tidak menggunakan kemudahan yang besar oleh ALLAH ini kepada jalan yang sangat bermanfaat ini. MP3 dan harddisk juga jangan sekadar menyimpan gambar, lagu dan filem...tetapi simpanlah kitab-kitab dan rakaman-rakaman pengajian ilmu. Semoga ia dibaca, didengar, disampaikan dan diamalkan... Nasihat pada diri dan semua.

Senin, 14 Desember 2009

Makanya..cepat sebelum Mala dilamar..


Baru-baru ini saya ditaklifkan untuk menjadi timbalan pengerusi Bait Muslim dan Hisbah KPIPM. Untuk Bait Muslim kami mempunyai dua sasaran kerja iaitu program interskop di kalangan mutazawwijin KPIPM dan program outerskop untuk di kalangan ahli KPIPM. Interskop kami ada program tersendiri yang tidak perlu dipanjanglebarkan di sini seperti liqa' , hari keluarga dan sebagainya. Bagi program outerskop khusus untuk ahli yang bukan mutazawwijin kami akan menjadi pemudahcara untuk yang sudah bersedia untuk mencari jodohnya. Semua fail dan borang akhawat KPIPM telah ada di tangan saya. Jadi, kepada sesiapa yang ingin menamatkan zaman bujangnya dan telah bersedia untuk menghadapi alam baru boleh terus menghubungi saya. Kami tidak akan memaksa tetapi kami pemudahcara. Walaupun anda dari bkan mana pun boleh menghubungi saya sekiranya ingin mencari akhawat perak. Akhawat KPIPM pula jangan takut dengan tugasan kami ini...kami tidak memaksa..jodoh itu kerja ALLAH...kalau ada jodoh tak kemana kalau tak de jodoh orang lain tolong jaga..semoga anda ikhwah mahupun akhawat terus mempercayai Bait Muslim. Kes-kes kebocoran cerita sebelum ini memang lebih dari 90% adalah dari penkhitbah dan yang dikhitbah sendiri. Kami akan sedayanya menjaga rahsia sekiranya anda berurusan dengan kami hinggalah ke penghujungnya. Tetapi diingatkan juga di sini, Bait Muslim bukan tempat sekadar untuk cuba mencuba. Gunakan saluran ini dengan serius untuk mencari sinar hidup anda di masa mendatang. Jika sudah bersedia, ahlan. Boleh hubungi saya di ym zunnuur_85@yahoo.com atau di talian 0113221904.

Salah faham


Ramai antara kita yang bila saya mendengar bacaan ALQURANnya sering meringan-ringankan bacaan dalam erti kata lain tidak bersungguh dalam mengeluarkan makhraj huruf. Alhamdulillah saya berpeluang mengikuti beberapa klip video yang dirakam suami pada siri majlis pengajiannya bersama SYEIKH YUSRI. Banyak teguran SYEIKH dari segi bacaan ketika menyemak bacaan murid yang diminta membacakan ALQURAN. Antaranya perkataan al-ardh tidak perlu ditebalkan bunyinya kepada al-ordh dan perkataan an-naar tak perlu tebalkan bunyinya kepada an-noor.. terkadang ramai antara kita yang menyangka menebalkan bunyi itu yang betul dan sohih bunyi kearabannnya tetapi itu tidak tepat. Jadi, saya harapkan kepada semua sahabat-sahabat rajin-rajinlah bertanya dan meminta sahabat-sahabat kita di kalangan takhassus qiraat untuk menyemak bacaan kita. Jangan sampai ada salah faham dalam membunyikan bacaan....

Kita Luarbiasa...


Beberapa hari ini, saya sering bingung dengan diri sendiri. Harapan suami untuk saya menyiapkan projek yang sangat murni masih belum dapat saya laksanakan dengan sehabis usaha. Adakah saya hanya menggubah alasan dari hari ke hari atau sebenarnya saya masih belum mampu. Ampunkan hambaMU ini ya RABB seandainya diri ini hanya pandai menggubah alasan pada insan yang kusayangi ini. Dulu saya sering bersembang dengan kawan-kawan mengenai ketidakpuasan dengan prestasi hidup sendiri dan sangat mencita-citakan suami yang dapat memberi kekuatan. Nah...sekarang ALLAH telah memakbulkan harapan ini. ALHAMDULILLAH.. Tetapi saya masih belum dapat melaksanakan yang terbaik. Tidak pasti adakah kerana memang keadaan diri yang tak mengizinkan yang sarat lapan bulan ini. Tetapi sebenarnya ramai sangat ibu-ibu aktif di luar sana yang bergiat cergas dalam apa jua bidang walau diri dalam keadaan anak yang ramai dan kecil.. Ya ALLAH aku ingin menjadi hambaMU yang sebenar.. pimpinlah diri ini untuk merealisasikan harapan RASULULLLAH SAW memartabatkan ISLAM sepanjang zaman melalui apa jua usaha. Kepada semua sahabat-sahabat akhawat... tahniah atas semangat sahabat menuntut ilmu dan mari kita kongsikan ilmu itu dengan semua pula melalui dakwah lisan mahupun tulisan.. Doakan saya dapat jadi isteri, ummi dan daie ISLAM ke seantero dunia.. semoga ALLAH memimpin...

Sabtu, 21 November 2009

Anak Adalah Anugerah


Sosio-Emosi bersifat 'paksi', ia mengawal hampir semua perkara yang dialami anak. Apa sahaja yang ia lakukan, sifat inilah yang membuat anak suka atau tidak suka terhadap sesuatu. Oleh itu, apa sahaja yang kita lakukan untuk atau bersama anak, kita perlu menjaga 'abjad emosinya' yang wujud dalam lima bentuk: * Rasa Selamat * Rasa Tenteram * Rasa Disayangi * Rasa Ceria * Rasa Kagum Jika ada kelima-lima abjad emosi ini, proses didikan akan menjadi mudah...jika tidak, ia akan menjadi disebaliknya. Kita perlu berusaha untuk membiarkan anak dalam keadaan rasa selamat, tenteram, disayangi, ceria dan kagum. Selamat mendidik anak kita dengan sebaiknya kerana mereka anugerah dari ALLAH

Jumat, 20 November 2009

Mari Berkenalan


Amah bintu Khalid bin Sa'id bin Al-'As: Dilahirkan di Habsyah. Isteri kepada Zubair Al-'Awwam. Ibu kepada 'Amru bin Zubair dan Khalid bin Zubair. Pernah meriwayatkan hadith daripada Rasulullah S.A.W.
U'maimah bintu Ruqaiqah At-Tamimiyah: Ruqaiqah itu nama ibunya, nama ayahnya ialah 'Abdun. Isteri kepada Habib ibnu Ku'aib dan dikatakan memiliki 4 orang cahayamata. Pernah meriwayatkan hadith daripada Rasulullah S.A.W. U'naisah bintu Khubaib: Pernah meriwayatkan hadith daripada Rasulullah S.A.W. Busrah bintu Sofwan: Diceritakan dia adalah ibu Mu'awiyah bin Al-Mughirah, nenek kepada 'Aisyah bintu Mu'awiyah iaitu ibu kepada 'Abdul Malik bin Marwan. Pernah meriwayatkan hadith daripada Rasulullah S.A.W. Judamah bintu Wahbun: Memeluk Islam di Mekah, menyertai bai'ah Rasululullah S.A.W, menyertai hijrah ke Madinah. Pernah meriwayatkan hadith daripada Rasulullah S.A.W. -Mereka semua seperti kita 'wanita'..tetapi mereka dipilih ALLAH untuk menjadi sahabat Rasulullah S.A.W kerana mereka tersenarai dalam perawi tertinggi hadith. Maklumat ini saya ambil dari kitab Tahzib Al-Kamal fi A'sma' Al-Rijal-Dan ini adalah lima daripada sekian puluhan dan mungkin ratusan yang tersenarai di dalam kitab ini.

Kalam Dr Zakir Pemidato Islam


Antara strategi media dalam memburuk-burukkan imej Islam ialah mereka merujuk ayat-ayat Al-Quran luar dari konteks asal.
Antara ayat Al-Quran yang paling banyak dirujuk luar dari konteksnya ialah ayat dari surah At-Taubah ayat 5 yang bermaksud, " Bunuhlah orang-orang musyrik di mana sahaja kamu menjumpai mereka". Dan jika kamu buka Al-Quran, ayat tersebut memang benar-benar ada di situ. Namun, ayat ini sebenarnya telah diambil luar dari konteksnya.
Konteks ayat ini yang sebenar bermula beberapa ayat sebelumnya, yang menyebutkan tentang perjanjian damai yang dilakukan antara orang-orang Islam dan kaum musyrikin Mekah pada zaman Nabi S.A.W. Namun perjanjian ini telah dimungkiri oleh musyrikin kaum Mekah.
Justeru ketika ALLAH mewahyukan ayat 5 dari surah At-Taubah, ALLAH telah pun memberi amaran kepada mereka dan memberikan tempoh selama 4 bulan untuk memperbaiki keadaan dan mematuhi perjanjian, jika tidak perang akan diisytiharkan.
Kemudian di dalam medan peperangan, ALLAH berkata kepada umat Islam supaya jangan takut dan gentar. Beranikan diri dan bunuhlah orang-orang musyrik di mana sahaja kamu menjumpainya.
Mana-mana general askar sekalipun, ketika memberikan semangat kepada pasukan askarnya sebelum memulakan peperangan, adalah satu kebiasaan untuk mengatakan, "Bunuhlah pasukan musuh walau di mana sahaja kamu menjumpai mereka" . Dia tidak akan mengatakan, "Di mana sahaja kamu menjumpai musuh, menyerahlah untuk kamu dibunuh." Justeru ayat 5 dari surah At-Taubah ini merujuk kepada konteks peperangan.
# # #
Kebiasaan seterusnya ialah mereka meletakkan titik (pengakhiran) kepada satu-satu ayat Al-Quaran ataupun melompat ke beberapa ayat seterusnya sehingga memberikan makna yang berbeza. Sebagai contoh, Arun Shourie, seorang penulis, ahli politik dan pengkritik yang berasal dari india, di dalam bukunya 'The World Of Fatwas', selepas menjelaskan ayat 5 dalam surah At-Taubah, terus melompat ke ayat 7. Anda tahu mengapa? kerana ayat ke 6 mengandungi penyelesaian terhadap permasalahan yang beliau timbulkan.
Ayat 6 surah At-Taubah bermaksud, "Dan jika seseorang dari kaum musyrik mahukan perdamaian, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar ayat-ayat ALLAH, kemudian hantarlah dia kemana-mana tempat yang aman".
# # #
Seterunya jika kamu perhatikan kebanyakan ayat di dalam Al-Quran, ketika memperkatakan tentang peperangan, ayat berikut adalah "tetapi keamanan atau perdamaian itu adalah lebih baik", kerana Islam adalah agama kesejahteraan.
-maklumat di atas dipetik dari buku terjemahan ceramah Dr Zakir yang bertajuk Media dan Islam Berperang atau Berdamai?-

Rabu, 18 November 2009

Iqrar Kasih Istimewa Buat Emak...


Emak... Opis sayang emak, terlalu sayang, dan sangat-sangat kasih, tiada erti hidup ini, jika tinta kasih ini belum terlayar, kutari tinta sebagai pembuktian cinta... cinta dan sayang pada-mu bonda... Aku ingin bonda tahu, bahawa kami anak-anakmu... sayang padamu...hanya doa sebagai bukti, pada-NYA kusering menadah tangan, semoga DIA melimpah kasih, mencurah sayang, padamu, bondaku,... semoga mahligai di Firdaus aala, menanti buatmu, aku ingin bonda gembira, aku ingin bonda bahagia, dulu, kini dan selama-lamanya... opis bangga jadi anak emak... sekian daripada anakmu dan anak insan yang bonda cintai...

Rahsia ALLAH...


ALLAH menyembunyikan redho-NYA dalam amalan ketaatan, ALLAH menyembunyikan murka-NYA dalam perkara kemaksiatan, ALLAH menyembunyikan LailatulQadr di antara 30 malam Ramadhan, ALLAH menyembunyikan auliaya'-NYA di kalangan sekian ramai hamba-hamba-NYA.. terfikir sejenak.. adakah anak yang bakal kulahirkan ini bakal terpilih sebagai salah seorang wali-NYA? wALLAHU AALAM...hanya DIA YANG TAHU.. mama kan doakan sayang mama jadi hamba ALLAH yang paling bertaqwa..mama akan jadi the best mama in the world k.. tapi kalau mama tak mampu maafkan mama ye sayang..hanya doa yang dijanji ALLAH sebagai doa mustajab ini yang mampu mama lafazkan.. YA RABB, pilihlah anakandaku salah seorang daripada hamba-MU yang ENGKAU sayangi dan ENGKAU redhoi...Amin

Puisi Buat Kakakku sayang...


Terimalah sajak ikhlas dari adindamu di kejauhan ini...

KISAH KITA

Tika kukecil, kau juga masih kecil, banyak memori indah kita, tika kau jadi doktor, aku adalah pesakitnya, jika aku peniaga, kau jadi pembelinya, gelak tawa kita silih berganti... Kakak... dunia ini kau kenali dahulu sebelumku, tetapi sombong diri, jauh sama sekali, hatimu terlalu suci, aku sangat menyayangimu, walau kita berjauhan... hati kita tetap berhampiran...

Minggu, 15 November 2009

Isu dan Masalah Mematangkan Tindakan


Pelbagai ujian yang dilalui PMRAM dari dahulu hingga kini adalah anugerah dari ALLAH untuk lebih mematangkan kita. PMRAM dilihat sebagai satu wadah perjuangan yang memang bergerak ikhlas dalam isu kebajikan. Ini perlu diselidiki oleh semua mahasiswa yang berada di mesir. Saya menulis begini atas dasar pemerhatian sendiri yang rasional bukan emosi. Kepada PMRAM samada pimpinannya atau ahlinya perlu kuat menghadapi segalanya. Serahkan pada ALLAH sambil terus berusaha dengan sepenuh keikhlasan. KITA PMRAM!

Hembusan Rindu dari Thub Al-Romlee


Mak, kakak dan adik-adikku aku rindu pada kalian.. Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan untuk senantiasa meraih redho-Nya.. moga kita bahagia dulu, kini dan selamanya hingga ke firdaus al-a'ala.. amin

Rabu, 05 Agustus 2009

Cuti Kuliah, Study Istiqomah...


Alhamdulillah ALLAH memberi peluang pada saya untuk tinggal sebumbung dengan seorang yang punya ketekunan dalam ilmunya. Masa baginya adalah emas. Setiap masa dipenuhi dengan faedah. Jika punya cuti, dia bertalaqqi dan memberi khidmat bakti dalam persatuan di sini.. Jika di rumah, dia sibuk dengan mentahqiq kitab. Proses mentahqiq perlu kepada penelitian dan fokus yang tinggi. Mudah-mudahan saya dapat membantunya dengan baik dan mencontohi sifatnya. Kepada sahabat-sahabat jadilah juga seperti dia dan kalau boleh lebih dari itu. Semoga anak kami rajin dan baik macam dia... amin ya RABBAL a'lamin...

Rahsia Berwajah Ceria


Dari mata turun ke hati, dari hati naik ke wajah.Saya teringat kata-kata seorang guru saya," menyucikan hati adalah tanggungjawab pada diri". Cuba kita perhatikan wajah orang-orang soleh di kalangan kita seperti para ulama dan sahabat-sahabat kita yang baik-baik. mereka memiliki wajah yang tenang dan ceria. Itu pastinya pancaran dari hati mereka yang bersih. Selawat adalah satu amalan yang sangat mulia. Ulama dan orang-orang soleh dahulu dan kini banyak memilih ini sebagai salah satu amalan utama mereka. Ada yang berselawat mencecah puluhan ribu perhari. Kelebihan selawat amat besar. Pertamanya ia satu hadiah dari kita tanda cinta dan kasih pada RASULULLAH S.A.W. Terlalu banyak hadis berkenaan kelebihan selawat. dan....yang paling pasti ia menjadi kabel kuat untuk kita mensucikan hati. Kita selaku hamba padaNYA, mesti punyai satu atau lebih amalan yang istiqomah sebagai satu bukti dan persembahan kesungguhan kita memperhambakan diri.... Ayuh banyakkan selawat.. berselawatlah...

Cuti Musim Panas yang Mendebarkan

penantian itu satu penyiksaan.. semua sedang ternanti-nanti keputusan peperiksaan di cuti ini.. ramai juga yang telah mengetahui keputusan mereka..tahniah buat yang lulus dan jangan putus asa bagi yang sebaliknya..yang penting kita sentiasa berusaha..saya teringat kata-kata seorang sahabat baik saya ketika sama-sama menuntut di sekolah menengah dahulu.."jika usaha kita 30% maka 30%lah hasilnya..jika usaha kita 100% maka 100%lah hasilnya, insyaALLAH"..ya, memang itulah percaturan hidup ini.ALLAH akan berikan kepada yang berusaha.kita boleh faktakan dengan jelas melalui pengalaman sendiri.jika pada tahun tertentu kita berjaya dengan cemerlang pastinya pada tahun itu usaha kita cemerlang.jika tidak lulus pastinya pada tahun itu usaha kurang cemerlang atau menghadapi beberapa masalah seperti tidak mampu memahami pelajaran dengan baik dan sebagainya.adakala tidak lulus ada baiknya kerana ia membuka peluang baru dalam memahami ilmu dengan lebih baik.tetapi kepada semua, harap dapat berusaha dengan cemerlang di dalam bidang ilmu dan cemerlang juga di bidang akhlak...

Rabu, 29 Juli 2009

Ilmu Tanpa Amal 'Jununun' Amal Tanpa Ilmu 'la yakun'



walau kita membaca imu selama seratus tahun, kita menghimpun seribu kitab, kita takkan mampu bersedia menghadap rahmat ALLAH kecuali dengan amal.. kerana dalam surah AnNajm ayat 39 , surah AlKahfi ayat 107,108 & 110, surah AtTaubah ayat 82 juga surah AlFurqan ayat 70 telah membuktikan........jadi, amalkan segala ilmu yang dipelajari kerana sabda RASUL S.A.W ada berbunyi yang bermaksud;
"YANG PALING PEDIH AZAB DI HARI QIAMAT IALAH ORANG ALIM YANG TIDAK BERAMAL DENGAN ILMUNYA"

Ujian Ada Di Mana-mana

sudah lama saya tidak melakar puisi apatah lagi mengarang cerpen.. otak telah lama sepi dari memerah karya. jadi,saya tampilkan puisi spontan saya di blog ini..

Antara jerlus pasir dan jalanan beronak duri,
aku buntu..
tinggal waktu penetap arah,
aku pasrah..
jerlus pasir kuharungi,
kaki melangkah pasti,
harapan tiada sesal,
hingga ke penghujung perjalanan,
payah, jerih, dan lelah,
tiada beza kawan..
antara jalanan beronak itu..
hanya beza rupa,
tetapi tetap sama...

Selasa, 28 Juli 2009

Kehamilan Satu Anugerah


di sepanjang kehamilan ini, pelbagai pengalaman baru dapat dirasai. penat dan rasa tidak selesa sudah menjadi perkara biasa. itu semua telah dilalui oleh sekian juta ibu-ibu di dunia ini termasuk ibu kita. yang penting sekarang ialah tambahkan ilmu bagaimana mengurus kehamilan kita dengan baik.
sebenarnya proses pendidikan telah boleh dimulakan pada peringkat ini. ada 25% peluang mendidik anak di sepanjang kehamilan. iaitu melalui penjagaan rapi si ibu dengan mengambil folic asid, vitamin b12 dan makanan-makanan yang berkhasiat dan juga mendidik melalui melipatgandakan amal ibadah. kedua-dua cara ini disebut didikan kerana ia menyebabkan otak bayi dan tubuhnya mengalami pertumbuhan yang sihat dan baik. bayi yang sihat akan mudah mengikuti proses didikan yang seterusnya..

Ulama Silam Tidak Sunyi Dari Menulis

salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat. di dataran asyir baru-baru ini telah diadakan forum yang berjudul Mahasiswa & Masa Depan Ummah. salah seorang ahli panel forum menyarankan kita semua selaku mahasiswa yang bakal meneruskan perjuangan ulama agar melibatkan diri dalam bidang penulisan. jadi, saya mengambil anisiatif menyahut gesaan ini dengan menulis blog. dengan menulis kita dapat mengikat ilmu dan dapat dimanfaatkan dalam satu jangka masa yang panjang.pendek kata ia menjadi amal jariah kita..