Minggu, 18 Juli 2010

Aku dan Palestin...

"Diam ye sayang jangan menangis"..."ya RABB tangisan anakku ini merobek-robek jiwa hamba".Hatiku terus bermonolog. Semua anak-anak, ibu-ibu dan para pejuang muda mahupun tua menanti-nanti kapal 'Hope' yang dilaporkan akan tiba tidak lama lagi.Tangisan bayi tidak henti-henti menandakan mereka haus, lapar dan tidak selesa.Ibu-ibu seakan sudah kering air mata berkongsi perit anak-anak yang pagi,petang,siang dan malam merenget kelaparan.
Dari jauh kulihat Muhammad berlari."alhamdulillah Muhammad dah pulang".Aku berbicara sendiri."Mama, Muhammad tak dapat jumpa Baba". Muhammad bertutur lancar.Wajahnya seakan tidak pasrah dengan apa yang berlaku. "Kenapa Muhammad?" Aku bertanya penuh kehairanan."Pihak penjara telah membuat qarar baru,ahli keluarga tidak boleh bertemu melainkan dua bulan sekali,ini kuih yang mama buat untuk baba".Tangisan bayi comelku menambahkan sedih di hati ini. Oh suamiku yang tercinta, apa perkhabaranmu di sana, sakitkah dirimu dengan siksaan mereka,adakah hari ini kau telah menjamah makanan,cintaku...moga Allah bersamamu.
"Assalamualaikum semua, kapal 'Hope' sekarang diganggu perjalanannya oleh kapal-kapal Israel.Harap semua dapat bersabar dan berdoa".Seorang pemuda memberitahu kepada kami para ibu yang berkumpul di dewan sekolah. Kami sudah serik dengan penantian sebegini.Hanya doa dan harapan dipanjat padaNYA RABBUL JALIL.
"Mama Fatimah lapar, lapar...sangat-sangat".Fatimah berbisik,wajahnya pucat."Sabar ye sayang,sekejap lagi makanan sampai,doa ye".Fatimah mengangguk perlahan.Kasihan anak kecil ini ya Allah...
Tiba-tiba kedengaran suara ramai di hujung dewan.Aku turut berlari ke sana. "ya Allah,selamatkan anakku..". Syaima' berbicara sambil air matanya mengalir deras. Tubuh bayinya yang longlai dipeluk erat.Bayi itu pucat kerana kelaparan.Ramai yang membantu dengan pelbagai cara. Bayinya masih bernyawa tetapi sudah terlalu lemah kerana tiada makanan.
Ini adalah secebis kisah yang sengaja saya lakari untuk terus menghayati perasaan ibu-ibu di Palestin kala ini. Semoga muatan barangan bantuan dalam kapal 'Hope' sampai ke tangan mereka.Semoga penantian ini berhasil.Penjara yang menempatkan orang-orang Palestin yang ditangkap dibuat qarar baru yang telah melanggari hak-hak kemanusiaan dan telah melanggari persyaratan penjara antarabangsa.
Saya panjatkan doa semoga wanita di Palestin terus kuat dan tabah.Saya tahu bagaimana perasaan seorang ibu tatkala mendengar tangisan anaknya dan saya mengerti peritnya merindui suami di kala berjauhan..Hanya Allah yang Maha Tahu.
Ganjaran pahala yang besar buat kalian ibu-ibu Palestinian...

1 komentar:

  1. Salam, bagus juga blog Hafizah. Semoga terus dapat menulis tentang pengalaman yang menarik. Al Azhar telah melahirkan ramai tokoh dan pejuang. Siapa yang tidak mengenali Syed Sabiq, Yusuf Qardhawi, Muhammad al Ghazalie dan lain-lain, semuanya bermula di Al Azhar. Abang Sofian Alias

    BalasHapus